No products in the cart.

Bulan: Oktober 2020

Undang-undang Paling Berkesan Bendung Pendedahan kepada Cat Plumbum

“Langkah kawalan membabitkan undang-undangtermasuklah statut, peraturan, dan/atau piawaian teknikal mandatori dengan menetapkan had yang terikat dan boleh dikuatkuasakan bagi cat plumbum dengan pengenaan denda jika gagal mematuhinya. Ringkasnya, ia dirujuk dalam dokumen ini sebagai “undang-undang cat berplumbum.” Kawalan peraturan ke atas pelbagai sumber pendedahan kepada plumbum telah...
Baca Lagi

Malaysia Tidak Bersedia Untuk Masyarakat Berusia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengutamakan keperluan penduduk negara yang semakin berusia sebagai ganti menggalakkan pembinaan perkampungan pesaraan yang hanya melayani segelintir daripada masyarakat. Kami menggesa kerajaan supaya menerima pakai reka bentuk sejagat (Universal Design), rangka kerja bagi reka bentuk kehidupan dan ruang pekerjaan, dan produk bagi...
Baca Lagi

Kesan Keracunan Plumbum ke atas Kanak-kanak

“Pendedahan kepada plumbum boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak. Pada tahap pendedahan yang tinggi, plumbum menyerang otak dan sistem saraf tunjang hingga menyebabkan koma, kekejangan malah maut. Kanak-kanak yang mengalami keracunan plumbum yang serius mungkin terencat akal dan mempunyai masalah tingkah laku. Pada tahap pendedahan yang rendah pula, di mana tanda-tandanya...
Baca Lagi

Berbahaya terutama kepada WANITA HAMIL

Pendedahan kepada plumbum boleh memudaratkan bayi dalam kandungan kerana plumbum dalam darah ibu melepasi uri lalu masuk ke dalam tubuh bayi. Komplikasi akibat pendedahan plumbum pada paras tinggi termasuklah kelahiran pramatang, berat badan yang rendah ketika lahir, keguguran ataupun bayi meninggal selepas lahir. Ibu-ibu yang menyusukan anak juga melepaskan plumbum kepada bayi melalui air susu...
Baca Lagi

Plumbum Dalam Cat Lebih Teruk Menjejaskan Kanak-kanak

Kanak-kanak terdedah kepada plumbum apabila bahagian permukaan yang bercat mengelupas selepas beberapa lama dan memecah kepada debu cat lalu menjejaskan alam sekitar. Kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun yang sering memasukkan tangan ke dalam mulut paling berisiko mengalami masalah kecerdasan dan perkembangan mental akibat terdedah kepada debu plumbum dan plumbum di dalam tanah. Kesan...
Baca Lagi

Pengawas Pengguna Gesa Dibentuk Peraturan Plumbum

HASIL UJIAN bersama CAP dan International Pollutants Elimination Network berhubung PLUMBUM DALAM CAT SEMBURAN dilaporankan dalam The Vibes (28 Oktober 2020) Bacalah perinciannya dalam laporan di bawah. UN Environment Programme World Health Organization (WHO) IPEN: for a toxics-free future Untuk maklumat lanjut mengenai “Plumbum dan Kesakitan”, dapatkan panduannya di sini  
Baca Lagi

Bagaimana Kita Terdedah Kepada Pulmbum

Plumbum ada di mana-mana dan menjejaskan kita. Pekerja binaan terdedah kepada plumbum ketika membuang, mengubah suai atau merobohkan struktur yang dicat dengan pigmen plumbum. Pekerja juga bersentuhan dengan plumbum dalam pateri, lekapan paip, bateri cas semula, peluru plumbum, kaca, bahan tembaga atau gangsa dan radiator berplumbum. Pendedahan kepada plumbum boleh berlaku ketika kerja membaiki...
Baca Lagi

Bentuk Piawaian untuk Plumbum dalam Cat – CAP

CAP gesa peraduan bagi plumbum dalam cat. Sempena Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaan kepada kerajaan Malaysia agar menyingkirkan plumbum dalam cat dengan mengadakan peraturan untuknya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui 25-31 Oktober 2020 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa dalam usaha...
Baca Lagi

Tiada Paras Selamat Untuk Pendedahan Plumbum

  Plumbum boleh menjadi berbahaya kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak terutama sekali bayi dan wanita hamil atau sedang menyusu dan tidak terdapat paras selamat bagi pendedahan plumbum. Pendedahan kita kepada plumbum seharusnya SIFAR. Plumbum amat toksik kepada sistem reproduktif lelaki dan wanita. Pada lelaki, ia boleh mengurangkan bilangan sperma dan menghasilkan sperma yang cacat....
Baca Lagi

Hapusan Plumbum Dalam Cat Di Seluruh Dunia

MINGGU PENCEGAHAN KERACUNAN PLUMBUM (ILPPW) antarabangsa ke lapan bermula pada 25 – 31 Oktober 2020. Minggu tindakan ini merupakan satu inisiatif Gabungan Global untuk Menghapuskan Cat Plumbum (Gabungan Cat Plumbum), dipimpin bersama oleh Program Alam Sekitar PBB dan WHO. Pengeluaran dan penjualan cat berplumbum masih dibenarkan di lebih 60% negara, menyebabkan sumber pendedahan plumbum yang...
Baca Lagi