No products in the cart.

Bulan: Februari 2021

Menjadikan MySejahtera satu mandatori menganiayai golongan buta IT dan miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah keras tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menggunakan MySejahtera sebagai satu-satunya kaedah untuk mengesan kontak. Kemudian, sebuah pasar raya di Pulau Pinang tidak lagi menyediakan buku log untuk pelanggannya. Malah pelanggan dihalang dari memasuki pasar raya jika mereka gagal mengimbas code QR. Ini menimbulkan kesulitan dan kekecewaan...
Baca Lagi

CAP GESA SADA BEKALKAN AIR YANG MENCUKUPI KEPADA PENDUDUK YANG TERLIBAT

Masalah gangguan bekalan air paip di Kedah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air paip yang dihadapi oleh puluhan ribu penduduk di negeri Kedah ketika ini. Tindakan sedemikian perlu diambil berikutan kemarau yang melanda negeri itu sekarang di mana mereka...
Baca Lagi

Selaraskan dan Wujudkan Satu Kawasan Tanah Perkuburan Awam Bersepadu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agama Islam agar diselaraskan dan diwujudkan satu kawasan tanah perkuburan awam bersepadu khusus di mana setiap kawasan itu dirancangkan untuk jangka panjang bagi beberapa generasi akan datang. Mengulas laporan akhbar tempatan mengenai ruang kubur yang semakin terhad dan akan penuh untuk tempoh beberapa tahun akan datang, CAP telah...
Baca Lagi

Tangani segera pencemaran sungai di Kuala Kerpan – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan Kedah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sisa buangan kolam ternakan udang yang mengancam kehidupan 200 nelayan di Kuala Kerpan, daerah Kubang Pasu dekat Jitra di sini. Kejadian yang sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu itu, menjadi semakin serius sejak tiga tahun...
Baca Lagi

Pinda Undang-Undang Untuk Kenakan Hukuman Berat Ke Atas Pengeluar Makanan Kotor

Laporan media baru-baru ini mendedahkan empat kilang fucuk (kepingan tauhu kering nipis) di Sungai Bakap dan Sungai Jawi, Pulau Pinang dikenakan notis kompaun kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih. Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Pulau Pinang (BKKM), Encik Mohd Wazir Khalid berkata notis kompaun bernilai RM8,500 dikeluarkan...
Baca Lagi

RUMAH KOSONG, ORANG TIADA TEMPAT BERTEDUH: Perlukan Dasar Perumahan Negara dan Perlu Utamakan Perumahan Sosial dan Sewaan

Tidak menghairankan, namun menyedihkan, hartanah yang tidak terjual adalah yang tertinggi sejak 2018 dengan 63,063 unit tidak terjual bernilai RM46.96 bilion sehingga Jun 2020. Menjelang September 2020, hartanah tidak terjual semakin buruk dengan unit bangunan tinggi berharga antara RM200,000 dan RM700,000 paling teruk terjejas, iaitu 70.5% daripada unit yang tidak terjual. Angka ini...
Baca Lagi

BAGAIMANA SYARIKAT INSURANS CUBA ELAK MEMBAYAR

KES 2 Seorang tua memiliki polisi insurans untuk melindungi daripada 36 penyakit kritikal. Beliau mengalami strok (penyakit yang dilindungi oleh polisinya) dan kehilangan pergerakan pada sebelah tangan; oleh itu beliau membuat tuntutan. Bagaimanapun, tuntutan itu dinafikan oleh pihak syarikat, menyebabkan beliau membuat aduan kepada CAP. CAP menulis kepada syarikat meminta alasan bagi penolakan...
Baca Lagi

BAGAIMANA SYARIKAT INSURANS CUBA ELAK MEMBAYAR

Kes di bawah menggambarkan kewujudan amalan tidak beretika dalam perniagaan insurans dan polisi mencari malah mereka-reka alasan untuk tidak membayar melainkan pengguna melawan balik dan meletakkannya dalam keadaan tersepit. KES 1 Seorang lelaki muda di mana keluarganya tinggal di estet getah di Gurun, bekerja di sebuah kilang yang terletak kira-kira 10-15 kilometer dari rumahnya. Beliau...
Baca Lagi

Cahaya Harapan untuk Lemon Law di Malaysia

Sesuatu yang amat menggembirakan apabila melihat keputusan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Mabel Sheela Muttiah yang membawa kepada pengguna (Poratha Corporation Sdn. Bhd.) menang dalam tuntutannya terhadap syarikat kereta (FA Wagen Sdn. Bhd.). Sejak beberapa tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima beberapa aduan mengenai kereta daripada pemilik kereta berjenama yang baharu dengan...
Baca Lagi