No products in the cart.

Tahun: 2021

CAP gesa kerajaan Malaysia memasukkan Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Mampan dalam Perlembagaan

Ketika dunia berdepan dengan krisis sedia ada – di mana ramai penduduk tidak menghirup  udara yang bersih, kekurangan kemudahan bekalan air bersih selain ketiadaan kediaman yang selamat dan bersih untuk didiami; lebih-lebih lagi pada waktu pandemik dan krisis perubahan cuaca masa kini – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan langkah Panel Hak Asasi Manusia yang memperakui hak...
Baca Lagi

Jalan Tampal Bahayakan Pengguna – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan tampal yang boleh mengancam keselamatan para pengguna di negeri ini. Tinjauan CAP mendapati jalan tampal di beberapa laluan utama seperti di Bukit Jambul, Bukit Gambir dan beberapa jalan lain tidak rata, berlubang,...
Baca Lagi

CAP kesal kejadian pencerobohan bot Pukat Tunda di perairan Pulau Tenggol

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan Terengganu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pemantauan secara berterusan bagi memastikan aktiviti pencerobohan oleh bot-bot pukat tunda di perairan Pulau Tenggol, Dungun, ditangani dengan berkesan. Mengulas isu tersebut berikutan laporan akhbar Utusan Malaysia, 21 Oktober 2021, CAP kesal walau pun kejadian...
Baca Lagi

Bentuk Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat pengaliran keluar wang ke akaun rahsia di ‘tax haven’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan jaminan yang diberi oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasa berhubung akaun rahsia dalam tax haven (pusat kewangan luar pesisir) yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia, seperti yang didedahkan dalam Pandora Papers. Kami juga mengulangi gesaan yang dibuat lapan bulan...
Baca Lagi

Webinar bertajuk “Macau Scam: Ring! Ring! Awas… anda mungkin menjadi mangsa seterusnya!”

Jom bersama kami dalam sesi webinar bertajuk “Macau Scam: Ring! Ring! Awas… anda mungkin menjadi mangsa seterusnya!” Selami kisah-kisah benar bagaimana Si Penipu memanipulasi mangsa melalui panggilan telefon sehingga mereka kehilangan wang berjumlah ribuan ringgit. Anda juga dapat mengetahui: 1. Cara membuat pengesahan apabila menerima panggilan telefon 2. Sebab mengapa masih ramai yang...
Baca Lagi

Faktor manusia dalam kematian penunggang motosikal di jalan raya

Kematian penunggang motosikal rakyat Malaysia mungkin mengatasi Thailand menurut laporan berita. Oleh itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertanya kenapa, walaupun semua penyelidikan dan usaha dalam membendung kadar kemalangan, kadar kematian penunggang motosikal terus meningkat. Pada 2013, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan bahawa Malaysia merupakan...
Baca Lagi

MASALAH PENCEMARAN DARI LADANG TERNAKAN BABI  KAMPUNG JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa  Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPV) serta pihak-pihak lain yang berkenaan segera mengambil maklum akan masalah pencemaran alam sekitar yang membabitkan ladang ternakan babi di Kampung Jawi daerah  Seberang Perai Selatan....
Baca Lagi

CAP gesa jambatan runtuh di Yan dibaiki segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah memberi perhatian serius serta mengambil tindakan segera membaiki jambatan yang runtuh di Kampung Setol dan Kampung Pauh daerah Yan akibat ancaman kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku dua bulan lalu. Masalah yang melibatkan lebih 500 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan bukan saja menjejaskan aktiviti harian mereka...
Baca Lagi

“ANDA TIDAK PERLU RUANG YANG LUAS UNTUK MULA BERKEBUN DI BANDAR”

Berkebun di Bandar: Temu Bual 5 Sudah hampir setahun sejak Aziwan bin Ali dan isteri mula menanam herba, sayuran, pokok bunga dan buahan di perkarangan rumah mereka di Sungai Jawi, Pulau Pinang. Kini terdapat 5 jenis herba; serta limau kasturi dan pokok amra yang hidup subur di kebunnya. Pokok mangga yang ditanam oleh ibunya kini berbuah dengan lebat sekali. Kira-kira 6 – 7 jenis sayuran yang...
Baca Lagi

“Baik untuk Kesihatan Mental dan Fizikal”

Berkebun di Bandar – Temu bual 4 Bekas guru sekolah menengah, Cik Pua Yoke Fang, mula mengusahakan kebun kecil tetapi mampan di rumahnya di Island Glades, Pulau Pinang apabila beliau bersara dua tahun lalu. Sejak setahun lalu, beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan berhubung pandemik Covid memberinya lebih banyak masa di rumah, yang beliau gunakan sepenuhnya untuk mengembangkan kebun...
Baca Lagi