No products in the cart.

Bulan: Februari 2022

Pantai Pasir Panjang musnah terhakis dibadai ombak: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam tinjauan yang dibuat mendapati Pantai Pasir Panjang, di Balik Pulau, Pulau Pinang kini mengalami kemusnahan yang serius akibat dibadai ombak. Kejadian yang berlaku sejak setahun yang lalu itu telah menyebabkan tebing sepanjang 300 meter di kawasan berkenaan telah runtuh. Beberapa batang pokok kelapa dan pokok rhu telah musnah dan lebih 20 pokok lagi...
Baca Lagi

Bila Makanan Di Atas Meja Tidak Diutamakan

Sudah sekian lama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan kerajaan mengenai bahaya ketiadaan jaminan bekalan makanan. Namun pihak berkuasa hanya memekakkan telinga dan enggan merombak keseluruhan dasar pertanian, yang turut termasuk tinjauan ke atas rantaian pengagihan makanan. Terdapat perbincangan yang berlegar mengenai kewujudan kartel dan orang tengah, yang mengaut untung lebih...
Baca Lagi

Kit Ujian Kendiri Perlu Dapat Kelulusan

Penularan pantas varian Omicron telah menyebabkan permintaan untuk kit ujian kendiri Covid-19 melonjak. Permintaan tinggi seumpamanya telah mendorong sesetengah orang bertindak menjual kit ujian palsu atau tidak diluluskan. Justeru Persatuan Pengguna Pulau Pinang amat memandang berat perkara ini. Dalam tinjauan terbaharu CAP ke atas farmasi, kedai serbaneka 7 Eleven, B Mart, kedai runcit dan...
Baca Lagi

Bahan kimia toksik ditemui dalam botol air dari Malaysia: Kuatkuasakan pengharaman ke atas botol mengandungi BPA

Pada 15 Mac 2011, Malaysia mengumumkan pengharaman botol polikarbonat mengandungi Bisphenol A (BPA). Pengharamannya berkuatkuasa pada Mac 2012. Keputusan untuk mengharamkan botol susu ini diambil kerana BPA berisiko kepada sistem hormon bayi. Menurut Seksyen 27A Peraturan Makanan 1985: (1) Tiada seorang pun boleh mengimport, mengeluar atau mengiklankan bagi jualan atau menjual sebarang botol...
Baca Lagi

Selamatkan Hidupan Laut dengan Lampu Tanglung Mesra Alam di Perarakan Kereta Terapung Teluk Bahang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC), Majlis Hindu Sangam Bukit Bendera Malaysia (MHS) dan Pengurusan Kuil Sri Singamuga Kaliamman, Teluk Bahang menggesa penganut supaya tidak menggunakan sebarang jenis bahan busa sintetik semasa sambutan perayaan tersebut. Masi Maga Theppa Thiruvizha perayaan perarakan kereta terapung yang disambut pada 17 Februari tahun ini di...
Baca Lagi

TSCA perlu menyeluruh dan haramkan juga alat penyedutan rekreasi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, telah mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merancang untuk menggubal satu undang-undang baharu – Akta Kawalan Merokok dan Tembakau (TSCA) – di Parlimen pada tahun ini (2022). Memang baik jika kerajaan boleh membanteras tabiat merokok. Tetapi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin memberi amaran kepada KKM mengenai industri tembakau...
Baca Lagi

SAM membantah cadangan projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di Hutan Simpan Kenderong di Mukim Kerunai, Daerah Hulu Perak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat kecewa kerana hutan semula jadi yang memberi perkhidmatan ekologi yang amat penting menjadi mangsa projek-projek perlombongan yang memusnahkan alam sekeliling. Baru-baru ini sebuah syarikat perlombongan tempatan bernama EMBI Mining Sdn Bhd telah mencadangkan satu projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di dalam kawasan Hutan Simpan (HS) Kenderong di Mukim...
Baca Lagi

CAMPUR TANGAN KERAJAAN UNTUK STABILKAN HARGA DIALU-ALUKAN TETAPI PERGANTUNGAN KEPADA IMPORT PERLU DIKURANGKAN

Persatuan Pengguna Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk bertindak menstabilkan harga barangan seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Januari 2022. CAP turut hadir di dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan diberi ruang untuk menyampaikan pandangan di dalam mesyuarat...
Baca Lagi