No products in the cart.

Bulan: Mac 2022

CAP gesa punca banjir di Rantau Panjang ditangani segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan kejadian banjir besar yang melanda beberapa buah kampung di daerah Rantau Panjang, Kelantan berpunca daripada projek tebatan banjir yang dibina di kawasan itu gagal berfungsi dengan berkesan. Mengulas laporan akhbar tempatan mengenai perkara ini, CAP merasa hairan bagaimana projek yang bermatlamat untuk mengatasi masalah banjir di kawasan...
Baca Lagi

Ramadan — Utamakan Amal Jariah dan Elakkan Pembaziran

Sejak 10 tahun yang lalu, setiap kali Ramadan CAP menjalankan kempen menentang pembaziran, berlebih-lebihan dan pemborosan yang dilarang oleh Islam dan agama lain. Kempen ini dimulakan oleh Allahyarham Presiden kami, S. M. Mohamed Idris yang amat terkejut dengan sejumlah besar makanan yang dibazirkan dan perbelanjaan yang begitu boros oleh golongan elit Muslim ketika bulan suci ini manakala...
Baca Lagi

PANTAI TANJUNG DAWAI SEMAKIN TERANCAM : CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah dan Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran pantai Tanjung Dawai dekat Sungai Petani ketika ini. Kejadian yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu itu bertambah serius menyebabkan kawasan pantai tersebut kelihatan kotor di mana air laut dan pasir bertukar warna menjadi hitam....
Baca Lagi

Penuhi tuntutan PeSAWAH untuk menjamin kedaulatan makanan negara

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Malaysia untuk memenuhi  tuntutan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang telah menyerahkan memorandum kepada enam ahli parlimen dari pelbagai parti kerajaan dan pembangkang pada 17 Mac yang lalu.  Memorandum tersebut menggariskan masalah yang dihadapi oleh pesawah serta 14 saranan untuk...
Baca Lagi

Adakah kit ujian kendiri Covid-19 memenuhi tujuannya? – CAP

Ramai pengguna telah menghubungi CAP dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kaedah ujian air liur dan swab hidung untuk mengesan Covid-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri memberikan keputusan yang bercanggah antara keduanya. Menurut mereka, swab hidung menunjukkan mereka positif Covid sementara ujian air liur menunjukkan keadaan sebaliknya (iaitu negatif covid). Mereka melakukan sendiri...
Baca Lagi

Pengurusan hutan di Malaysia perlu konsisten: Malaysia selangkah ke hadapan, selangkah ke belakang

Sempena Hari Hutan Antarabangsa, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menarik perhatian semua tentang betapa pentingnya kita bersikap konsisten dalam usaha kita melindungi hutan di negara ini, baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri. Kami ingin memulakan dengan memuji empat perkembangan positif penting berkaitan dengan perlindungan hutan di Malaysia sepanjang setahun yang lalu....
Baca Lagi

Pengguna resah, jalan kampung rosak teruk: CAP

Kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung daerah Kubang Pasu, Kedah terpaksa berhadapan dengan berbagai kesukaran kerana jalan yang menjadi laluan penting untuk mereka menjalankan aktiviti harian rosak teruk dan membahayakan. Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jalan yang dimaksudkan bukan saja tidak rata malah telah pecah dan berlopak di permukaannya. Jalan sepanjang...
Baca Lagi

Mengapa TNB tidak harus tunduk kepada pelombong mata wang kripto

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya membatalkan cadangan untuk membekalkan elektrik kepada pengendali pelombong mata wang kripto memandangkan ia akan memberikan kesan sampingan yang amat serius terhadap alam sekitar, penggunaan tenaga, dan pemuliharaan. Cadangan untuk membekalkan elektrik kepada pelombong tidak masuk akal kerana melombong mata wang...
Baca Lagi

Jangan pandang remeh kesan aktiviti korek pasir di Sungai Kulim – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah memberi perhatian serius terhadap masalah yang disuarakan oleh penduduk tiga buah kampung di Mukim Keladi daerah Kulim berikutan aktiviti mengorek pasir sungai di kawasan tersebut. Walau pun projek itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) namun perkara ini tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia...
Baca Lagi

CAP: Perkenalkan Akta Halal Haram

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa berkenaan memperkenalkan Akta Halal Haram. Akta ini akan membantu untuk memastikan pengeluar bertindak lebih bertanggungjawab dalam melabelkan produk makanan sebagai Halal. Pada masa ini beban membuktikan status produk Halal terletak kepada pengguna. Sejak lebih 30 tahun CAP menggesa supaya diperkenalkan Akta Halal Haram. Terdapat...
Baca Lagi