No products in the cart.

Bulan: Ogos 2022

Kemuflisan: Sebahagian Kecil Daripada Masalah Yang Lebih Besar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang mengenai perangkaan kemuflisan daripada Januari hingga April 2022 yang didedahkan baru-baru ini yang hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar kerana Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 yang berkuat kuasa mulai 1 September 2021. Dengan pindaan itu, pemiutang boleh memfailkan tindakan muflis terhadap penghutang jika hutangnya...
Baca Lagi

Bebaskan Daripada Kurungan Dan Hentikan Membina Lebih Banyak Zoo

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan kebimbangan terhadap pembinaan zoo baharu di atas tanah seluas 20.2 hektar di Iskandar Puteri, Johor. Objektif  untuk pembinaan zoo pada umumnya adalah untuk menarik orang ramai. Idea zoo sebagai tarikan pelancong ini perlu dibuang memandangkan kebanyakan penubuhan pusat haiwan ini sama sekali tidak mengetahui mengenai penjagaan yang betul...
Baca Lagi

MINYAK MASAK DIJUAL MELEBIHI HARGA JUALAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mengambil tindakan segera terhadap peniaga yang menjual minyak masak dalam botol pada kadar melebihi harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan pada 8 Ogos 2022. Ada peniaga yang sudah menjual minyak masak dalam botol ini dengan harga yang telah ditetapkan....
Baca Lagi

BERKEBUN JADIKAN ANDA CERGAS

Ingin kekalkan bentuk badan? Lupakan gim. Bergerak ke taman. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, berkebun juga layak sebagai satu senaman. Selain memastikan anda sihat secara fizikal, berkebun juga menggalakkan pengenduran, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental. Berkebun menyediakan semua 3 jenis senaman: ketahanan, fleksibiliti, dan kekuatan. Ia...
Baca Lagi

HARAMKAN RUMPUT TIRUAN: Ia Memudaratkan Kesihatan, Tidak Baik untuk Alam Sekitar

      Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengharamkan rumput tiruan kerana ia tidak baik untuk alam sekitar dan boleh memudaratkan kesihatan. Rumput plastik adalah trend yang semakin berkembang pesat dengan pasaran global AS$2.4 bilion. Di Malaysia ia biasa digunakan di kawasan kediaman, bangunan dan kawasan rekreasi awam. Tetapi terdapat juga kekurangan kesedaran...
Baca Lagi

ADAKAH TELEFON BIMBIT ANDA MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KELUARGA ANDA?

Ramai keluarga hari ini menghabiskan lebih banyak masa "bersendirian bersama-sama",  mereka kurang bertentang mata dan kurang berkomunikasi secara bersemuka kerana mereka lebih suka melihat telefon bimbit mereka berbanding antara satu sama lain, walaupun di meja makan. Terdapat perkataan untuk menggambarkan amalan tidak sihat ini iaitu phubbing. Phubbing (dicipta daripada perkataan "phone" dan...
Baca Lagi

BIMBANG AIR TELAGA DICEMARI SISA RACUN – CAP gesa kemudahan bekalan air paip di Kampung Padang Durian disegerakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan air paip yang dihadapi enam keluarga di Kampung Padang Durian daerah Pendang di sini. Telah sekian lama mereka yang terlibat terpaksa menggunakan air telaga yang kotor dan berkelodak untuk kegunaan harian walau pun...
Baca Lagi

KENAPA BERJALAN BAIK UNTUK ANDA

Berjalan dapat meningkatkan kesihatan anda dalam pelbagai cara. Ia percuma dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Anda tidak perlu mengambil 10,000 langkah sehari untuk mendapat faedahnya. Apa yang anda perlu lakukan ialah bergerak secara teratur sepanjang hari. Baca lebih lanjut:
Baca Lagi

17 KESAN SAMPINGAN MAKAN MAKANAN SEGERA

Makanan segera yang diproses dan mengandungi sejumlah besar karbohidrat, gula tambahan, lemak tidak sihat, dan natrium. Apabila makanan segera sering menggantikan makanan tulen yang berkhasiat dalam diet anda, ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang buruk. Berikut ialah 17 kesan sampingan yang serius daripada diet makanan segera — semuanya boleh berlaku kepada tubuh anda dalam...
Baca Lagi

CAP: Tambah Baik Sistem Kesihatan Awam Kita

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah baik sistem kesihatan awam kita memandangkan ancaman daripada lima penyakit berjangkit (Covid-19, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Cacar Monyet, Influenza dan Marburg) yang kini melanda serta menjejaskan sebahagian besar daripada penduduk dunia. Malaysia juga turut tidak terlepas daripadanya...
Baca Lagi