No products in the cart.

Kategori: Development BM

SARANAN DARIPADA SURUHANJAYA SIASATAN NEGERI (SSN) BERHUBUNG KES GRANITO MESTILAH DITERJEMAHKAN KEPADA TINDAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN

Saranan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SSN) berhubung tragedi Granito di Tanjung Bungah yang membawa kepada 11 kematian pekerja pada 21 Oktober 2017, mestilah diterjemahkan dengan segera kepada tindakan dan dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan yang berkaitan. Ini perlu dilakukan dalam usaha untuk mencegah tragedi berkaitan pembangunan di lereng bukit dan kawasan berbukit pada masa depan, bukan...
Baca Lagi

Menangani Kepupusan Harimau

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan berita mengenai komitmen kerajaan untuk menangani masalah pemburuan haram dengan meningkatkan lagi sumber manusia melalui batalion khas yang ditugaskan untuk membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) dalam mengawal hutan negara. Bilangan harimau dianggarkan hanya tinggal kira-kira 250 ekor. Ini amat membimbangkan. Semua usaha di masa lalu...
Baca Lagi

Apa Yang Berlaku Dengan Parkir Pintar Pulau Pinang?

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dan syarikat HeiTech Padu Bhd (HeiTech) bertanggungjawab kepada pembayar cukai di sebabkan oleh masalah yang dihadapi berhubung pemasangan sensor bernilai berjuta ringgit di 647 lot parkir Majlis di Pulau Pinang. Ia bukannya ‘kesilapan’ memandangkan daripada 647 sensor itu, hanya 30 (4.6%) sahaja yang dipasang....
Baca Lagi

Perumahan untuk Pekerja Seharusnya satu Mandatori

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa apabila pindaan undang-undang Akta Kemudahan dan Standard Minimum Perumahan Pekerja 1990 tidak menjadikan satu mandatori bagi majikan untuk menyediakan pekerja mereka dengan perumahan. Ini merupakan satu langkah ke belakang dalam bentuk kerajaan menangani dengan keadaan buruk pekerja asing dan malah pekerja tempatan yang bekerja jauh dari rumah....
Baca Lagi

Siapa Manipulator? – CAP Tanya Ketua Menteri YAB. Chow Kon Yeow

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak dapat memahami kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Chow Kon Yeow bahawa terdapat “orang tertentu” memanipulasi maklumat mengenai projek Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit - LRT) dan Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (Penang South Reclamation - PSR) untuk kepentingan mereka sendiri sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar harian bertarikh...
Baca Lagi

Perladangan besar monokultur terus mengancam NCR dan hutan di Sarawak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin mengumumkan pelancaran penerbitan The Land We Lost – Native customary rights and monoculture plantations in Sarawak (Tanah Kami yang Hilang – Hak tanah adat dan perladangan monokultur di Sarawak), hasil penyelidikan kami tentang bagaimana perladangan besar kayu kertas, kayu balak dan sawit, telah menyebabkan kemusnahan hutan, pencemaran sungai dan pencabulan...
Baca Lagi

BERATUS NELAYAN TRADISIONAL TOLAK PROJEK TEBUS GUNA SELATAN PULAU PINANG DAN PENGAMBILAN PASIR DARI PERAK

1. BANTAHAN KEPADA TEBUS GUNA SELATAN PULAU PINANG DAN PENGAMBILAN PASIR DARI PERAK: Lebih daripada beratus nelayan daripada pelbagai unit dan persatuan dari Pulau Pinang dan Perak berkumpul di sini hari ini bersama dengan NGO dan warga prihatin yang menyatakan solidariti dalam perhimpunan aman di luar Parlimen untuk membantah projek Tebus Guna Selatan Pulau Pinang (PSR) dan kesan daripada...
Baca Lagi

Tarik Balik Tawaran Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan Konsesi Lebuh Raya Lain

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kabinet supaya tidak meluluskan RM6.2 bilion yang dibuat oleh Kementerian Kewangan kepada Gamuda dan konsesi lebuh raya lain untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol, dan melantik jawatankuasa pakar untuk mencari penyelesaian yang akan membawa manfaat sebenar kepada pengguna dan tidak membebankan kerajaan dengan lebih banyak hutang. Dalam satu...
Baca Lagi

Kegagalan FGV – Tiba Masanya Pemegang Saham Memainkan Peranan Aktif

Perbelanjaan yang cekap oleh entiti berkaitan kerajaan amat penting dalam keadaan hutang yang besar yang kini sedang dihadapi oleh negara. Ini bermakna memperolehi bayaran oleh pengarah melalui bayaran yang tidak cekap (contohnya yuran pengarah, manfaat dan faedah) perlu dipersoalkan secara aktif dan ditadbir dengan baik. Langkah tegas oleh pemegang saham FGV dalam mengundi membantah yuran...
Baca Lagi

Bekukan Sebarang Kenaikan Dalam Harga Simen

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya membekukan dengan segera dan menghentikan pengeluar simen daripada menaikkan harga simen. Simen disenaraikan sebagai “barangan kawalan berjadual” dalam laman sesawang KPDNHEP pada 2019. Bagaimanapun, menurut laporan berita pada 2008, Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk...
Baca Lagi