No products in the cart.

Kategori: Environment BM

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa bagi Tindakan pada Hari Sisa Sifar Antarabangsa

Sempena Hari Sisa Sifar Antarabangsa pada 30 Mac 2024, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa setiap orang untuk mengambil tindakan ke arah sifar sisa. Pendekatan sisa sifar yang berakar umbi dalam keadilan sosial dan alam sekitar ialah cara yang berpatutan dan berkesan untuk mengurangkan pelepasan iklim, membina ekonomi tempatan yang berdaya tahan dan meningkatkan kesejahteraan...
Baca Lagi

PENJIMATAN & KECEKAPAN TENAGA

CAP Cipta Lencana “Pemantau Tenaga” bagi Aktiviti Tindakan Iklim Sekolah Projek penjimatan dan kecekapan tenaga CAP kini bermula secara langsung di sekolah. Kami  menyediakan lencana “Pemantau Tenaga” bagi sekolah untuk diberikan kepada ketua kelas yang bertanggungjawab menyelia aktiviti penjimatan elektrik di sekolah mereka. Baru-baru ini kami menyerahkan lencana itu kepada dua sekolah...
Baca Lagi

BERAPA LAMA SEHINGGA HILANG?

Kita mesti menghentikan pencemaran di punca dan menutup paip plastik. Bantu kami menggesa Perjanjian Plastik yang berusaha untuk mengurangkan pengeluaran sekurang-kurangnya 75% menjelang 2040. Lagi di sini: https://www.greenpeace.org/…/lets-end-the-age-of-plastic/ Sumber: Greenpeace International
Baca Lagi

PANDUAN MUDAH JIMAT TENAGA (Bahagian 10)

Panduan bagi Perjalanan Cekap Tenaga Marilah berbincang mengenai perjalanan harian kita! Tahukah anda cara kita bergerak boleh memberi kesan yang besar kepada alam sekitar? Berikut ialah caranya. Kongsi kereta: Berkongsi kereta bermakna lebih sedikit kereta di jalan raya, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pelepasan. Bekerjasama dengan rakan sekerja atau jiran dan jadikan perjalanan lebih...
Baca Lagi

Tolak Penangkapan dan Penyimpanan Karbon

Ini adalah siaran akhbar bersama oleh Friends of the Earth Japan dan Sahabat Alam Malaysia Kuala Lumpur / Tokyo – Hari ini, Sahabat Alam Malaysia (Friends of the Earth Malaysia) dan Friends of the Earth Japan, pertubuhan alam sekitar yang menganggotai salah satu rangkaian alam sekitar akar umbi terbesar Friends of the Earth International menyerahkan surat terbuka kepada Kerajaan Jepun dan...
Baca Lagi

PERSEKITARAN SELAMAT PLUMBUM UNTUK AHLI SUKAN

Plumbum adalah bahan toksik yang biasanya ditemui di dalam cat. Ia boleh menjejaskan semua peringkat umur tetapi amat berbahaya kepada kanak-kanak, wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Disebabkan oleh ketoksikannya, banyak negara mengharamkan plumbum dalam pembuatan cat, dan pengeluar cat yang bertanggungjawab telah beralih kepada bahan mentah bukan plumbum untuk menghasilkan cat selamat...
Baca Lagi

Baja sintetik membunuh mikroorganisma dalam tanah!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa petani dan pengguna untuk mengelak daripada menggunakan baja sintetik. Ini adalah kerana ia sememangnya boleh memberi kesan negatif terhadap biodiversiti tanah, termasuk menghalang aktiviti bakteria pengikat nitrogen yang bermanfaat, dengan itu memberi kesan negatif kepada tanaman yang cuba ditanam oleh orang ramai. Walaupun baja sintetik mampu...
Baca Lagi

PEMBERIAN KELULUSAN EIA BAGI KERETA KABEL BUKIT BENDERA TANPA PENYERTAAN AWAM ADALAH SALAH

Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya bahawa ia adalah salah bagi Ketua Pengarah (KP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk meluluskan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek Kereta Kabel Bukit Bendera tanpa pameran awam dan ulasan awam. Ini adalah kerana di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 (Perintah...
Baca Lagi

Masa untuk Tamatkan ‘Penjajahan Sisa’ Melalui Perjanjian Plastik Global

Negara maju perlu berhenti mengeksport sampah plastik mereka ke negara Asia dengan bertopengkan “kitar semula.” Oleh Mageswari Sangaralingam Pengeluaran dan perdagangan sisa plastik global meningkat secara drastik sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Sisa plastik kebanyakannya didagangkan di bawah sepanduk “kitar semula” plastik. Amalan mengeksport sisa dari negara berpendapatan tinggi...
Baca Lagi

CAP BIMBANG HASIL PADI KADA MEROSOT

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pesawah di kawsan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi meningkatkan hasil pendapatan mereka dan pengeluaran beras negara. Selain infrastruktur menjadi salah satu punca kemerosotan hasil padi di KADA, penyusutan tanah...
Baca Lagi