No products in the cart.

Kategori: Environment BM

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023: PENYELESAIAN GLOBAL UNTUK MENGATASI PENCEMARAN PLASTIK

​​Manusia kini sedang menghadapi krisis pencemaran plastik. Dikatakan bahawa pengeluaran plastik telah meningkat secara pesat dalam beberapa dekad yang lalu, dan kini berjumlah kira-kira 400 juta tan setahun dan angka ini akan menjadi dua kali ganda menjelang 2040. Pada 2022, Negara Anggota PBB bersetuju untuk mula merundingkan perjanjian global baharu yang bersejarah untuk menamatkan...
Baca Lagi

Penduduk Kuala Kurau bimbang diancam hakisan sungai – CAP

Lebih 10 keluarga di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, Perak berada dalam kebimbangan berikutan ancaman hakisan sungai yang semakin serius berlaku di kawasan itu. Masalah tersebut yang berlaku sejak lebih 10 tahun telah menyebabkan tebing Sungai Kurau runtuh, tanah penduduk terhakis dan pokok tumbang. Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati penduduk-penduduk yang terlibat dengan masalah ini...
Baca Lagi

KENAPA RUANG HIJAU BAIK UNTUK ANDA

Penyelidikan menunjukkan bahawa ruang hijau, kawasan dengan unsur semula jadi seperti pokok, rumput atau taman, meningkatkan kesejahteraan keseluruhan diri anda. Ia termasuk kesihatan fizikal dan mental. Malah kajian terbaharu menunjukkan melihat alam semula jadi dan kehijauan melalui tingkap boleh menurunkan tekanan darah dan tahap kebimbangan anda,. Sebenarnya, semakin lama anda terdedah...
Baca Lagi

ANCAMAN BAHAYA MENGEJUTKAN SETIAP HARI: BOTOL PLASTIK

Kajian yang julung kalinya mendedahkan kebenaran yang pahit di sebalik botol plastik minuman ringan: Rantaian bekalan industri minuman plastik biasa ini, dikenali sebagai polietilena tereftalat atau PET, penuh dengan karsinogen, pelepasan dan pencemaran. Di seluruh dunia, industri minuman membeli lebih daripada 500 bilion botol plastik setiap tahun iaitu hampir satu juta seminit. Membuat PET...
Baca Lagi

Hari Alam Sekitar Sedunia 2023: Atasi Pencemaran Plastik #BeatPlasticPollution

Beat Plastic Pollution atau Atasi Pencemaran Plastik adalah tema untuk Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini. Data yang dikeluarkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) adalah mengejutkan. Di seluruh dunia, satu juta botol plastik dibeli setiap minit, manakala sehingga lima trilion beg plastik digunakan di seluruh dunia setiap tahun. Pengeluaran plastik terus...
Baca Lagi

MASALAH SALIRAN JEJAS KEHIDUPAN PETANI MADA – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah saliran yang sedang dihadapi oleh kira-kira 2,000 petani di Kampung Tok Pulau, Simpang Empat Perlis dan Kampung Pida 15, Sanglang, Kedah ketika ini. Keadaan yang berlarutan sejak lebih 10 tahun...
Baca Lagi

Adakah kitar semula mewujudkan masalah kimia toksik?

Penyelidikan yang baharu diterbitkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (USEPA) mendapati bahawa kertas kitar semula dan bahan binaan "mengandungi lebih banyak bahan kimia daripada produk asal". Kira-kira 733 bahan kimia yang dikenal pasti, termasuk kalis api, pelarut dan pewarna, "mempunyai lebih banyak berlaku dikitar semula berbanding dengan bahan asal". Penulis kertas itu, yang...
Baca Lagi

Bateri ialah kelemahan alam sekitar bagi kenderaan elektrik – melainkan kita membaiki, menggunakan semula dan mengitar semulanya

Bateri adalah komponen paling mahal bagi kenderaan elektrik. Jika pek bateri rosak, cacat atau hanya lama, ini boleh menyebabkan kenderaan dihapuskan sebelum sampai waktunya. Sumber yang semakin terhad dan berharga, seperti litium dan air, diperlukan untuk membuat bateri ini. Walaupun begitu, ia selalunya tidak direka bentuk untuk memudahkan pembaikan, penggunaan semula atau kitar semula. Ini...
Baca Lagi

CAP BANTAH PROJEK PERLOMBONGAN NADIR BUMI

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyiasat secara terperinci aktiviti perlombongan haram nadir bumi di Kedah dan Pahang termasuk beberapa buah negeri lain di negara ini. Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini mengenai 60 tapak perlombongan haram nadir bumi dikesan berlaku di...
Baca Lagi

Kejadian perlombongan nadir bumi secara haram di Kuala Pilah tidak boleh dibiarkan berulang lagi

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan laporan media hari ini yang mendedahkan penemuan oleh pihak berkuasa Negeri Sembilan dan Melaka mengenai aktiviti perlombongan nadir bumi secara haram di Kuala Pilah, berikutan aduan yang dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah pada 16 Mei. Sementara kami menyambut baik tindakan pantas dan keterbukaan semua agensi negeri dan...
Baca Lagi