No products in the cart.

Kategori: Environment BM

TINDAK SEGERA KENALPASTI PUNCA TUMPAHAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU PINANG

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa di Negeri Pulau Pinang supaya mengambil tindakan segera bagi mengenalpasti punca masalah tumpahan minyak yang berlaku di perairan laut Pulau Pinang awal pagi tadi. Diangarkan kira-kira sepanjang dua kilometer pesisir pantai berhampiran bangsal nelayan Paramount dicemari dengan kesan tumpahan minyak.  Kejadian dan...
Baca Lagi

Hari Perikanan Sedunia: SAM Gesa Nasib Nelayan Dan Sumber Hidupan Laut Diberi Perhatian Serius

Hari Perikanan Sedunia diperingati pada 21 November setiap tahun. Hari Perikanan Sedunia disambut untuk menarik perhatian masyarakat tempatan dan dunia kepada masalah serta isu berkaitan dengan perikanan seperti penangkapan ikan berlebihan, kaedah tangkapan yang merosakkan sumber, pemusnahan habitat, pencemaran, pembangunan pinggir pantai dan  pelbagai ancaman lain terhadap sumber hidupan laut....
Baca Lagi

Tragedi Tanah Runtuh Tambun: Perlu Elakkan Projek Di Kawasan Alam Sekitar Yang Sensitif

Tanah runtuh yang berlaku di The Banjaran Hotsprings Retreat di Tambun, Perak  milik Sunway Group yang telah menyebabkan kematian dua tetamu pada Isnin, 9 November 2020, sekali lagi mendedahkan betapa perlunya dielakkan projek di kawasan alam sekitar yang sensitif. Langkah baik oleh Kerajaan Negeri Perak ialah mengarahkan agar jabatan dan agensi yang berkaitan supaya memantau setiap bukit batu...
Baca Lagi

Masalah Air Selangor Perlu Dihentikan Segera

Kerajaan perlu serius menangani masalah meliputi paip pecah, penyelenggaraan, kerja-kerja membaiki, pencemaran air yang berterusan di Selangor yang mengakibatkan gangguan air. Untuk mencegah episod yang memalukan ini daripada berlaku, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Pihak Bekuasa Tempatan Selangor, Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pihak Berkuasa Pengurusan Air...
Baca Lagi

KITAR SEMULA TIDAK CUKUP Untuk Tangani KRISIS PENCEMARAN PLASTIK Dunia yang Semakin Buruk

“Plastik biasanya dibuang ke dalam tong sampah kitar semula bercampur untuk memudahkannya dikumpulkan dan kita salah anggap bahawa ia dibuat semula. Realitinya kita “harap kitar semula”. Pada hakikatnya, kurang daripada 10 peratus plastik dikitar semula. Plastik asli lebih murah untuk dihasilkan berbanding produk kitar semula, menjejaskan daya maju sektor kitar semula. Contohnya, pada...
Baca Lagi

Fesyen Segera, Undang Kemusnahan

Bergaya, pantas dan berubah, “fesyen segera” memusnahkan bumi. Di Eropah, syarikat fesyen menawarkan secara purata 2 koleksi setahun. Kini sesetengah jenama seperti Zara menawarkan 24 koleksi setahun, manakala H&M menawarkan 12-16 koleksi. Fesyen segera menggalakkan budaya pakaian pakai buang. Kebanyakannya berakhir di tempat pembuangan. Kira-kira satu lori sampah penuh pakaian dibuang...
Baca Lagi

Perlombongan pasir menguntungkan segelintir orang, menjejaskan banyak pihak

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut apabila mendapat tahu sebuah syarikat swasta, Ageson Bhd, telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Bintang Dayang Sdn Bhd (BDSB) bagi pasir sungai dan Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) bagi pasir silika, untuk melombong dan mengeksport 50,000 tan pasir sungai setiap bulan ke China dan Hong Kong menjelang akhir 2020....
Baca Lagi

Penunggang Basikal Kurang Terdedah berbanding Pemandu Kereta

Mengikut satu kajian, penunggang basikal paling kurang terdedah kepada pencemaran udara setiap hari apabila memasuki pusat bandar yang sesak. Mereka yang berada di dalam kereta dan bas lebih lama berada dalam udara toksik, begitu juga dengan pejalan kaki kecuali mereka melencong dan mengelak jalan raya utama. Kajian yang dijalankan di Leeds, England itu menyokong  pelaburan untuk membina laluan...
Baca Lagi

Jangan Jejaskan Sumber Air Kita

Persatuan Pengguna Pulau Pinang ingin memuji kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, yang merayu kepada kerajaan persekutuan agar menghalang Kerajaan Negeri Kedah daripada membenarkan kegiatan pembalakan di Hutan Ulu Muda. Beliau dengan jelas menyebut fakta-fakta bagaimana pembalakan di Hutan Ulu Muda...
Baca Lagi