No products in the cart.

Kategori: Environment BM

Pemandu Kenderaan Tidak Peka Mengejutkan Gajah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) bimbang dengan insiden di Lebuhraya Timur-Barat baru-baru ini di mana gajah liar memijak bonet kereta selepas ia terperanjat oleh bunyi hon daripada pemandu kenderaan. Di dalam keadaan ini, apabila berhadapan dengan gajah, Jabatan Hidupan Liar (PERHILITAN) telah menasihati pemandu kenderaan agar tidak menggunakan lampu tinggi dan mengelakkan daripada membunyikan hon....
Baca Lagi

SAM menyokong cadangan KASA menghentikan sementara penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor

PULAU PINANG: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong cadangan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) supaya operasi penternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dihentikan untuk sementara waktu. Ini adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar yang tiada kesudahan ini, yang telah menjejaskan keselesaan penduduk serta orang ramai di sekitar kawasan terbabit...
Baca Lagi

Resort dan Spa 15 tingkat di atas Bukit Fraser diluluskan

RAUB: Pejabat Daerah Raub menjelaskan bahawa pembinaan Resort dan Spa 15 tingkat di Bukit Fraser yang mengecewakan pencinta alam sekitar, dilakukan dengan cara yang betul. Kata mereka, projek itu akan diteruskan menurut jadual memandangkan ia telah mendapat kebenaran untuk meneruskannya daripada Majlis Daerah Raub. Sumber dari pejabat daerah berkata “tidak ada yang luar biasa” mengenai...
Baca Lagi

Kita Perlu Hentikan Pergantungan Kepada Arang Batu Untuk Tenaga Demi Kepentingan Iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kepada artikel Mangai Balasegaram bertajuk ‘Malaysia needs to stop building coal-fired power plantas – here’s why’ dalam The Star, 11 Ogos 2020, dan menyuarakan sokongan sepenuh hati terhadap gesaannya. Demi kepentingan perubahan iklim, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya menghentikan pergantungan negara kepada arang batu bagi sumber tenaga kita, dan...
Baca Lagi

Pengeksploitasian sumber hutan untuk kegiatan kuari di Hutan Simpan Segari Melintang tidak wajar dan membimbangkan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri masih meluluskan kegiatan kuari (batu granit) termasuk kegiatan pengambilan tanah merah dalam kawasan tanah yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang), Daerah Manjung, Perak. Pada tahun 2017, SAM pernah menyuarakan kebimbangan apabila Pihak Berkuasa Negeri...
Baca Lagi

CIPTAAN TERBURUK?

Bermimpi memandu kereta idaman? Dikhuatiri impian bertukar menjadi mimpi buruk. Perancang dan jurutera lalulintas merancang bandar dengan mendahulukan keperluan kereta persendirian. Jalan raya, lebuh raya, tempat letak kereta ... keperluannya menjadi keutamaan dan disubsidikan sementara rakyat tidak mampu memiliki rumah. Kita sanggup bernafas dalam asap kotor apabila kereta menjadi penyumbang...
Baca Lagi

SUMBER PERIKANAN NEGARA DIANCAM KEPUPUSAN

Anak ikan musnah akibat penggunaan pukat tunda Sektor perikanan di Malaysia ketika ini semakin malap berikutan ancaman ke atas hidupan laut yang berterusan sejak lebih 40 tahun yang lalu. Keadaan yang membimbangkan itu bukan saja melibatkan jumlah pendaratan ikan yang berkurangan tetapi juga keluhan dan rintihan puluhan ribu nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat kemerosotan hasil...
Baca Lagi

Kerajaan tidak sepatutnya melonggarkan syarat berhubung operasi Lynas

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan semasa supaya tidak melonggarkan syarat yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu bagi operasi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang. Kebimbangan mengenai kesihatan awam dan keselamatan alam sekitar sepatutnya terus menjadi tumpuan ketika kerajaan membuat sesuatu keputusan dan bukannya berdasarkan kehendak politik dan lobi pihak-pihak yang berkepentingan....
Baca Lagi

Apabila pemilikan menjadi BEBAN

Gambar menunjukkan petikan kata-kata Laurens van der Post yang merupakan penasihat kepada keluarga Diraja British. Puak Bushmen di Afrika Selatan tidak mempunyai rasa memiliki. “Untuk melabelkan mereka miskin, tidak tepat sama sekali. Bagi puak Bushmen yang tinggal dalam persekitaran semula jadi mereka, ia tidak merasakan ketinggalan oleh kekurangan kebendaan mereka. Keutamaan mereka amat...
Baca Lagi

Miskin & Gembira Atau Kaya & Mati?

Kisah ini diceritakan oleh Sir John Kotelawala kepada Dr Ariyaratme, pengasas Pergerakan Sarvodaya, dalam “Bhava Thanha: An Autobiography, Vol 1, oleh A. T. Ariyaratme. “Di sebuah negara terdapat satu pasangan muda yang tinggal di dalam sebuah pondok lumpur  yang dikelilingi oleh hutan. Apabila bangun setiap pagi, mereka akan mencari sesuatu untuk dimakan, membawa bekal untuk makan tengah...
Baca Lagi