No products in the cart.

Bulan: Februari 2021

Siasat Segera Punca Tebing Sungai Kelantan Runtuh – CAP 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Kelantan mendedahkan hasil siasatan mengenai kejadian tebing Sungai Kelantan yang runtuh di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas baru-baru ini. CAP memandang serius kejadian berkenaan kerana ia melibatkan 15 keluarga yang tinggal berhampiran sungai tersebut dan ada di antara rumah penduduk terbabit telah musnah akibat runtuhan tebing sungai...
Baca Lagi

Pertubuhan Masyarakat Sivil Gesa Dasar dan Tindakan Serantau ASEAN yang Lebih Kuat untuk Memerangi Lambakan Sisa

Pulau Pinang, Malaysia/Quezon City, Filipina. Dua pertubuhan masyarakat sivil dari Malaysia dan Filipina menggesa 10 negara ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengisytiharkan seluruh rantau ini sebagai “zon larangan masuk” bagi sisa berbahaya dan sisa lain termasuk sisa isirumah dan sampah plastik. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan EcoWaste Coalition...
Baca Lagi

Kita Lemas Dalam Sampah. BERTINDAK SEKARANG

188 Kumpulan Alam Sekitar Gesa Singkirkan Produk Sekali Guna, Ketika Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bersedia untuk Berbincang Mengenai Kemampanan. “Singkir barangan guna buang” jika kita mengambil berat mengenai bumi ini, kata kumpulan alam sekitar. 17 Februari 2021 – Ketika perwakilan daripada 190 negara bersedia untuk membincangkan “Mengukuhkan Tindakan untuk...
Baca Lagi

CAP Kesal Punca Kejadian Pencemaran di Gurun Lambat Diambil Tindakan

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan segera ke atas kilang haram yang beroperasi di Gurun sejak lebih setahun lalu. CAP kesal kerana pihak berkenaan mengambil masa terlalu lama untuk bertindak sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk tempatan di sini akibat...
Baca Lagi

Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Pengaliran Keluar Wang Haram

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenapa undang-undang, institusi dan pihak berkuasa kita gagal untuk mengekang pengaliran wang haram, mengenal pasti kelemahan, dan membuat saranan bagi menghapuskan masalah ini. Berdasarkan dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Dana Matawang Antarabangsa, kumpulan pemikir...
Baca Lagi

CAP Gesa Punca Kerang Semakin Pupus Ditangani Segera

Kerjasama antara semua jabatan dan agensi kerajaan yang diterajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu disegerakan bagi mengawal masalah kerang yang semakin berkurangan di perairan negara ketika ini. Sudah sampai masanya bagi pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini demi mengekalkan sumber protein berasaskan hidupan laut itu di samping membela nasib...
Baca Lagi

Batalkan Projek Tebus Guna dan Pelan Induk Pengangkutan SRS yang Berharga RM58 Bilion: Mengguna Pakai Pengangkutan Alternatif Lebih Murah dan Bersih yang Disarankan oleh Masyarakat Sivil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tidak meneruskan kerja bagi Projek PSR memandangkan terdapat rayuan oleh komuniti nelayan yang terjejas oleh projek terhadap kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memberikan kuasa kepada mereka yang terjejas untuk merayu...
Baca Lagi

CAP KESAL SERANGAN BENA PERANG DI MADA MASIH BERTERUSAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjalankan kajian secara terperinci dan mengambil tindakan berkesan bagi mengatasi masalah ancaman bena perang ke atas tanaman padi di kawasan ini. CAP kesal walaupun masalah itu berlaku sejak lebih 20 tahun yang lalu namun ia gagal ditangani hingga sekarang menyebabkan petani-petani yang terlibat mengalami...
Baca Lagi

Kejadian Ribuan Ikan Mati di Sungai Perai HASIL SIASATAN DAN KAJIAN PERLU DIDEDAHKAN SEGERA – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan mendedahkan segera hasil ujian sampel air dan ikan yang mati di Sungai Perai pada 9 Februari yang lalu. Langkah sedemikian perlu dilakukan kerana kejadian tersebut amat serius dan menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana ribuan ikan yang menjadi mangsa pencemaran ini merupakan sumber makanan...
Baca Lagi