No products in the cart.

Kategori: Featured Article Malay

Kacau ganggu dari tapak pengumpulan bahan kitar semula dan besi buruk di Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap, Pulau Pinang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dan pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan terhadap masalah yang timbul daripada aktiviti pemprosesan dari tapak pengumpulan kitar semula dan besi buruk yang menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk di kampung dan taman perumahan di kawasan Lima Kongsi, Sungai...
Baca Lagi

SAM menggesa tindakan lanjutan kebakaran di tapak pelupusan Pulau Burung

Sahabat Alam Malaysia amat bimbang dengan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung yang masih marak di bawah tanah walaupun api di permukaan dilaporkan telah dipadamkan dan terkawal. Asap toksik yang menyelubungi kawasan sekitar telah menyebabkan pemindahan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berhampiran kerana boleh merisikokan kesihatan mereka. SAM sebelum ini telah mengeluarkan...
Baca Lagi

Toksik dalam Plastik

Bahan kimia yang ditemui dalam barangan plastic seperti pembungkusan dan peralatan perubatan boleh melarut resap ke dalam makanan dan aliran darah kita. Ia juga mencemarkan sungai dan sumber air kita. Ia juga boleh diserap dan terkumpul dalam tisu organisma, mencemarkan rantaian makanan.
Baca Lagi

NELAYAN PANTAI LANGKAWI BANTAH PROJEK TAMBAK LAUT

Beratus nelayan yang mencari rezeki di sepanjang pantai Kelibang hingga ke Sungai Menghulu dekat Kuah Pulau Langkawi Kedah berada dalam kebimbangan setelah menerima notis pengambilan tanah dari Pejabat Tanah Langkawi (PTL) bagi melaksanakan projek penambakan laut di kawasan tersebut. Dalam tinjauan yang dibuat, CAP difahamkan, nelayan-nelayan pantai Kuah, Kelibang dan Sungai Menghulu yang...
Baca Lagi

Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menyiasat punca sebenar banjir dan membuat saranan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Parlimen, yang dijadualkan akan mengadakan sidang khas mengenai bencana banjir yang amat dahsyat pada Isnin depan, supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi mengenal pasti punca sebenar banjir, termasuk corak cuaca yang tidak menentu akibat krisis iklim, dan membuat saranan untuk menanganinya. Pihak Jawatankuasa perlu...
Baca Lagi

Pelancaran Latihan Kebun Bandar

Ucapan oleh Mohideen Abdul Kader, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sistem pertanian industri dan kawalan makhluk perosak semasa kita terlalu bergantung kepada input bahan kimia. Sains menunjukkan pada pendedahan paras rendah sekali pun, banyak bahan kimia ini berbahaya kepada kesihatan manusia terutamanya kanak-kanak memandangkan minda dan tubuh mereka yang sedang berkembang mudah...
Baca Lagi

Pihak yang berkepentingan perlu cari punca berlakunya kebakaran di Tapak Pelupusan Pulau Burung, Nibong Tebal

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), pihak berkuasa berkenaan dan Syarikat PLB Terang Sdn. Bhd selaku pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung segera menangani dan mencari jawapan di atas kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah di sini sehingga mengakibatkan berlakunya  kepulan asap  tebal di...
Baca Lagi

Bahan kimia toksik ditemui dalam pelet plastik untuk plastik kitar semula – CAP

Ramai yang melihat peningkatan dalam kitar semula plastik sebagai jalan penyelesaian bagi krisis pencemaran plastik. Namun begitu bahan kimia toksik dari plastik tidak disingkirkan dalam proses kitar semula tetapi berpindah kepada produk plastik kitar semula yang baharu. Proses mengitar semula plastik sepatutnya menyumbang kepada ekonomi sepusingan (sirkular). Tetapi plastik yang mengandungi...
Baca Lagi

CAP GESA MAFI SEGERA MENYIASAT MASALAH PROJEK PERINTIS PENANAMAN PADI PULUT DI PULAU LANGKAWI

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) segera menyiasat Projek Perintis Penanaman Padi Pulut Di Pulau Langkawi Kedah yang menimbulkan berbagai masalah kepada pesawah-pesawah yang menyertai projek tersebut. Projek yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) itu dilancarkan pada 2019 dan mempunyai 400 orang peserta telah...
Baca Lagi