No products in the cart.

Kategori: Featured Article Malay

CAP: Perkenalkan Akta Halal Haram

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa berkenaan memperkenalkan Akta Halal Haram. Akta ini akan membantu untuk memastikan pengeluar bertindak lebih bertanggungjawab dalam melabelkan produk makanan sebagai Halal. Pada masa ini beban membuktikan status produk Halal terletak kepada pengguna. Sejak lebih 30 tahun CAP menggesa supaya diperkenalkan Akta Halal Haram. Terdapat...
Baca Lagi

Suruhanjaya Siasatan Negeri diperlukan bagi tragedi tanah runtuh Ampang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru kerajaan negeri Selangor menubuhkan Suruhanjaya Siasatan (COI) untuk menjalankan siasatan terhadap tragedi tanah runtuh Taman Bukit Permai, Ampang yang mengorbankan empat nyawa dan menyebabkan 48 rumah di zon tanah runtuh itu dipindahkan akibat kebimbangan keselamatan. Bagi mengelak tragedi sebegini berulang, COI perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca tanah...
Baca Lagi

SAM menyambut baik pindaan Akta Perhutanan Negara 1984  

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyambut baik cadangan untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 yang telah dibentangkan di Parlimen pada minggu lalu. Kami menyeru agar Parlimen menyegerakan proses meluluskan pindaan ini supaya ia menjadi berkesan dari segi undang-undang. Ini mesti diikuti oleh semua Kerajaan Negeri menerima pakai pindaan ini dengan segera, supaya ia diberi kesan undang-undang dan...
Baca Lagi

CAP kesal dan bimbang keadaan jalan di Balik Pulau

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa kesal dan bimbang dengan keadaan jalan dari Pulau Betong ke Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang yang tidak diselenggara dengan baik. Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati, jalan sepanjang lebih kurang 2 km itu bukan saja dipenuhi daun kering di bahagian kiri serta kanan malah pengadang jalan ini juga telah roboh dan boleh menjejaskan...
Baca Lagi

64 Pertubuhan Masyarakat Sivil Seluruh Dunia Menggesa 2 Syarikat Dagangan Awam Agar BERHENTI MENGHASILKAN AMALGAM PERGIGIAN

64 Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) seluruh dunia termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan 14 kumpulan lain di rantau Asia Pasifik, menggesa 2 syarikat utama supaya menghentikan pengeluaran amalgam pergigian, produk toksik mengandungi merkuri. Dalam surat bertarikh 22 Februari 2022, 64 CSO menulis kepada syarikat Southern Dental Industries (SDI) Australia dan Envista Holdings...
Baca Lagi

Angkara aktiviti tangkapan haram, sumber perikanan di Perairan Kuala Muda diancam kepupusan

Lebih 1,000 nelayan pantai di empat pengkalan daerah Kuala Muda, Kedah terjejas sumber pendapatan akibat pencerobohan bot pukat tunda, aktiviti bot rawa sorong dan penggunaan bubu naga di perairan itu. Pengkalan nelayan yang terlibat ialah Teluk Nipah, Teluk Amboi, Pulau Sayak dan Tanjung Dawai. Masalah yang sudah lama berlaku ini telah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa berkenaan...
Baca Lagi

Dasar sisa plastik ‘kuda trojan’ Australia memarakkan perdagangan toksik merentasi Asia

(Gothenburg, Sweden): International Pollutants Elimination Network (IPEN) menerbitkan siri kajian yang mendedahkan bagaimana dasar sisa baharu Australia mendorong pelaburan secara besar-besaran dalam pemerosesan sisa plastik kepada bahan api, dan eksport negara itu mengancam pengurusan sisa di negara ASEAN. Situasi ini berlaku walaupun Australia telah mengumumkan ia akan menghentikan eksport sisa...
Baca Lagi

Pantai Pasir Panjang musnah terhakis dibadai ombak: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam tinjauan yang dibuat mendapati Pantai Pasir Panjang, di Balik Pulau, Pulau Pinang kini mengalami kemusnahan yang serius akibat dibadai ombak. Kejadian yang berlaku sejak setahun yang lalu itu telah menyebabkan tebing sepanjang 300 meter di kawasan berkenaan telah runtuh. Beberapa batang pokok kelapa dan pokok rhu telah musnah dan lebih 20 pokok lagi...
Baca Lagi

Bila Makanan Di Atas Meja Tidak Diutamakan

Sudah sekian lama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan kerajaan mengenai bahaya ketiadaan jaminan bekalan makanan. Namun pihak berkuasa hanya memekakkan telinga dan enggan merombak keseluruhan dasar pertanian, yang turut termasuk tinjauan ke atas rantaian pengagihan makanan. Terdapat perbincangan yang berlegar mengenai kewujudan kartel dan orang tengah, yang mengaut untung lebih...
Baca Lagi

Kit Ujian Kendiri Perlu Dapat Kelulusan

Penularan pantas varian Omicron telah menyebabkan permintaan untuk kit ujian kendiri Covid-19 melonjak. Permintaan tinggi seumpamanya telah mendorong sesetengah orang bertindak menjual kit ujian palsu atau tidak diluluskan. Justeru Persatuan Pengguna Pulau Pinang amat memandang berat perkara ini. Dalam tinjauan terbaharu CAP ke atas farmasi, kedai serbaneka 7 Eleven, B Mart, kedai runcit dan...
Baca Lagi