No products in the cart.

Bulan: Mei 2021

JARING GESA KERAJAAN PASTIKAN RANTAIAN BEKALAN (SUPPLY CHAIN) SEKTOR PERIKANAN TERUS BEROPERASI SEMASA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) menyambut baik pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun JARING meminta kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan...
Baca Lagi

Orang berhenti merokok adalah pemenang

Sempena tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia “Tekad untuk Berhenti” pada tahun ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa: Perokok dan penghisap vape agar menghentikan tabiat mereka kerana selain menjimatkan wang, ia juga tidak membahayakan kesihatan mereka. Mereka tidak seharusnya membiarkan diri diperalatkan oleh industri tembakau  semata-mata untuk meningkatkan kepentingan...
Baca Lagi

TA’ZIAH ATAS KEMBALI KERAHMATULLAH TAN SRI DATO’ SERI DR.HARUSSANI ZAKARIA

.... Assalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ TA'ZIAH ATAS KEMBALI KERAHMATULLAH TAN SRI DATO' SERI DR.HARUSSANI ZAKARIA Bagi pihak seluruh warga Persatuan Pengguna Pulau Pinang merakamkan ta'ziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham dan kakitangan pejabat Jabatan Mufti Perak diatas kembali kerahmatullah Tan...
Baca Lagi

Masa untuk kurangkan pembaziran air dan bil air yang tinggi  

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata kini tiba masanya untuk mengurangkan pembaziran air, bukan hanya bagi mengurangkan bil air tetapi juga memelihara sumber air kita yang amat terhad. Alasan utama ialah kerana penduduk Pulau Pinang menggunakan air proses yang menjadi komoditi berharga. Sementara kawasan tadahan air hanya 6 peratus daripada kawasan tanah negeri, penduduk negeri ini...
Baca Lagi

Sisasat aktiviti menyedut pasir di Sungai Perak: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak menyiasat dan mendedahkan laporan terperinci mengenai aktiviti menyedut pasir di Sungai Perak dekat Teluk Intan yang menimbulkan masalah hakisan dan menjejaskan kehidupan nelayan di kawasan tersebut ketika ini. Walaupun syarikat yang terlibat dengan operasi itu mendapat kelulusan dari pihak berkenaan namun kesannya perlu diberi...
Baca Lagi

Kejayaan Bersejarah: Hakim memaksa Shell mengurangkan secara drastik pelepasan karbon dioksida

.... Sahabat Alam menang kes iklim terhadap Shell Buat pertama kali dalam sejarah, hakim memutuskan suatu perbadanan/korporat bertanggungjawab kerana menyebabkan perubahan iklim yang berbahaya. Hasil tindakan undang-undang yang dibawa oleh Friends of the Earth Netherlands (Milieudefensie) serta 17,000 plaintif bersama dan enam pertubuhan lain1, mahkamah di The Hague memutuskan bahawa Shell...
Baca Lagi

CAP: Percepatkan penggubalan undang-undang untuk menyingkirkan plumbum dalam cat

Tiga puluh tahun lepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menggubal undang-undang untuk menyingkirkan plumbum dalam cat. Sehingga hari ini, kita masih mendapati plumbum dalam cat. Pada 1992, kami mendapati tujuh daripada sembilan cat enamel yang diuji mengandungi plumbum melebihi 600 bahagian per sejuta (bps). Jumlah plumbum tertinggi dalam kajian ialah 11,700bps....
Baca Lagi

JARING PERTAHANKAN KENYATAAN BAHAWA CADANGAN AKTIVITI AKUAKULTUR (KOLAM UDANG) DI ATAS TANAH MILIK SADC DI PESISIR PANTAI KG. SUNGAI BETUL BAWAH ADALAH BERCANGGAH DENGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH KERIAN 2035

Merujuk kenyataan YB Tuan Haji Razman bin Zakaria, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) ingin mempertahankan kenyataan kami sebelum ini bahawa aktiviti akuakultur (kolam udang) di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)...
Baca Lagi

Pastikan talian terus vaksinasi Covid-19 laju dan efektif

Pada 23 Mei 2021, pendaftaran kali kedua vaksinasi AstraZeneca pilihan bermula bagi warga emas berusia 60 ke atas yang menetap di Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Vaksinasi AstraZeneca secara sukarela ini kelihatan bertepatan dengan masanya (walaupun cuma terhad kepada mereka yang berusia 60 ke atas, pada ketika ini) memandangkan 23 Mei juga...
Baca Lagi

Siasat Projek Ternakan Udang di Juru  – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat dan memantau bagi memastikan pengusaha projek ternakan udang di Juru daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Pulau Pinang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika beroperasi. Tindakan itu perlu dilakukan segera kerana CAP menerima aduan bahawa aktiviti tersebut telah menyebabkan...
Baca Lagi