No products in the cart.

Bulan: September 2022

Lantanida bukan radioaktif tetapi proses perlombongannya mengakibatkan radioaktiviti –  kata SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini, berhubung perlombongan lantanida di Kenering, Gerik, yang disiarkan dalam laporan media pada 28 September 2022. MB telah menegaskan bahawa lantanida yang sedang dilombong itu bukan radioaktif. SAM terpaksa menyatakan bahawa walaupun lantanida itu sendiri bukan radioaktif, proses...
Baca Lagi

Menghisap Vape Adalah Laluan Kepada Menghisap Rokok

 Saya merujuk kepada laporan perbincangan panel mengenai menghisap vape dengan tajuk Learn from NZ and UK to reduce smoking (NST, 27/9/22). Mesej yang telah dikemukakan daripada perbincangan itu ialah e-rokok dan vape secara relatifnya adalah tidak berbahaya dan merupakan jalan untuk berhenti merokok. Ahli panel itu juga bimbang jika RUU GEG menjadi undang-undang maka akan berlaku peningkatan...
Baca Lagi

Aktiviti haram ancam pembiakan ikan di perairan negara : CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah aktiviti tangkapan secara haram yang mengancam pembiakan ikan di perairan negara ini. Masalah yang sudah lama berlaku ini bukan saja menjejaskan pendapatan nelayan pantai tetapi juga boleh menyebabkan sumber perikanan...
Baca Lagi

Abaikan Lobi Tembakau dan Gubal Undang-undang Kawalan Tembakau

Industri tembakau dan pihak berkepentingan kini sedang melancarkan kempen di media bagi mempengaruhi penggubal undang-undang supaya menolak "Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok (GEG)". Penggubal undang-undang tidak seharusnya menyerah kepada tekanan dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada orang ramai untuk menggubal undang-undang bagi melindungi nyawa dan kesihatan mereka....
Baca Lagi

Haiwan Eksotik Bukan Untuk Menjadi Haiwan Peliharaan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bimbang yang amat sangat terhadap peningkatan bilangan haiwan peliharaan eksotik yang dibawa masuk ke negara ini disebabkan ia telah menjadi kesukaan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak. CAP merasa amat bimbang apabila memikirkan bahawa ibu bapa membeli haiwan eksotik ini  untuk anak-anak mereka hanya bagi menenangkan serta...
Baca Lagi

Pastikan Lemon Law Juga Untuk Kenderaan Baharu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini bahawa ia sedang mengkaji usaha untuk menambah baik undang-undang berkaitan penjualan dan pembelian kenderaan terpakai. Walau bagaimanapun, kami menggesa agar KPDNHEP untuk turut melanjutkan Lemon Law ini terhadap kereta baharu kerana ia juga...
Baca Lagi

Projek sedut pasir laut di Yan perlu dikaji semula : CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) mengkaji semula kelulusan projek menyedut pasir laut di Yan, Kedah kerana ia menjejaskan alam sekitar dan sumber pendapatan penduduk di daerah itu. Selain KetSA, kerajaan Kedah dan Jabatan Perikanan juga perlu menyiasat aktiviti tersebut kerana ia turut mengancam sumber perikanan dan kehidupan lebih kurang...
Baca Lagi

KE ARAH SEKOLAH LESTARI

Green Action Week ialah kempen global untuk menggalakkan penggunaan mampan. Setiap tahun dari September hingga Oktober, pertubuhan di seluruh dunia akan mengambil tindakan bersepadu bagi mempromosikan suatu matlamat bersama. Inisiatif yang dimulakan di Sweden pada tahun 1990 oleh Swedish Society for Nature Conservation telah berkembang menjadi satu perkongsian antarabangsa sejak 2010. Ia...
Baca Lagi

Selamatkan Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing : CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kelantan, jabatan dan agensi yang terlibat mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan lebih 3,000 Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, yang terancam kehidupan mereka akibat aktiviti pertanian yang menjejaskan alam sekitar di kawasan itu. Masalah ini telah menimbulkan kebimbangan masyarakat Orang Asli di sini berikutan kejadian...
Baca Lagi

CAP: Umat Islam perlu patuh Fatwa merokok

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa umat Islam di Malaysia mematuhi peraturan dalam Islam atau Fatwa, yang dikeluarkan lebih 20 tahun lalu yang melarang menghisap rokok, selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan umat Islam untuk tidak memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Fatwa melarang menghisap tembakau mula dikeluarkan pada 23 Mac 1995 apabila Jawatankuasa Fatwa Majlis...
Baca Lagi