No products in the cart.

Tahun: 2023

Cawan Kopi Kertas Toksik

Cawan mesra alam masih disalut dengan lapisan plastik nipis, yang saintis dapati boleh melarut resap bahan kimia yang membahayakan makhluk hidup. Dunia ini berhadapan dengan ratusan bilion cawan kopi sekali guna setiap tahun dan kebanyakannya tidak dikitar semula. Jadi, rantaian kopi utama bertukar kepada cawan kertas adalah langkah yang baik, betul? Tidak tepat. Kajian yang diterbitkan baru-baru...
Baca Lagi

Makanan Ultra Proses: Apa yang Semua Orang Perlu Tahu

Ia membentuk sebahagian besar daripada diet moden dan risikonya menjadi semakin jelas. Berikut ialah cara mengenali makanan ultra proses (UPF) dan mencari alternatif yang lebih sihat, dipetik daripada The Guardian (6 September 2023). Apakah makanan ultra proses? Hampir semua makanan sedikit sebanyak diproses. Walaupun anda memasaknya dari awal, anda mungkin menggunakan, katakan, tepung, minyak...
Baca Lagi

KENAPA BUAH LEBIH BAIK DARIPADA JUS

Memakan buah-buahan secara keseluruhan adalah lebih sihat daripada meminum jus buah, walaupun ia 100% jus buah tulen. Jus buah adalah sumber gula yang lebih pekat daripada buah keseluruhan. Contohnya, terdapat 12 gram gula dalam buah oren bersaiz sederhana, tetapi secawan jus oren mempunyai 21 gram. Secawan jus anggur mempunyai lebih kurang gula sebanyak 50 biji anggur. Jus buah juga mempunyai...
Baca Lagi

Pastikan cadangan dalam KSP dilaksanakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengalu-alukan cadangan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menggalakkan kemakmuran ekonomi, menghapuskan kemiskinan tegar, memerangi rasuah, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menangani krisis iklim. Rancangan itu akan kekal sebagai pelan melainkan ia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai hasil yang diinginkan....
Baca Lagi

Larang perlombongan di kawasan sensitif alam sekitar

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan termasuk unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (ESA) seperti di hutan simpanan kekal. Seruan ini adalah sebagai tindak balas kepada dasar baharu kerajaan untuk mengharamkan eksport REE bagi melindungi rantaian nilai sumber untuk membina industri pertengahan dan hiliran. Larangan...
Baca Lagi

GUNAKAN TANGGA, SIHATKAN TUBUH BADAN

Aktiviti fizikal sangat penting bagi memastikan seseorang kekal sihat dan cergas. Namun, kebanyakan individu lebih gemar menggunakan lif berbanding tangga di dalam sesebuah bangunan. Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai digalakkan kerap menggunakan tangga berbanding lif bagi mendapat manfaat kepada tubuh badan. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia  
Baca Lagi

CAP GESA PROJEK PERUMAHAN UNTUK NELAYAN KUALA JURU DILAKSANAKAN SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanakan segera projek perumahan untuk nelayan di Kampung Kuala Juru Daerah Seberang Perai di sini yang telah tertangguh sejak 30 tahun yang lalu. CAP kesal walau pun rancangan pembinaan projek  itu telah lama diluluskan, namun hingga sekarang nelayan-nelayan di sini yang memerlukan rumah sendiri terutama...
Baca Lagi

CARA MUDAH KAWAL SELERA MAKAN

Adakah anda makan dengan gelojoh? Makan dengan cepat boleh menyebabkan pengambilan makanan secara berlebihan dan obesiti serta penghadaman yang lemah. Makanlah dengan  perlahan-lahan untuk mengawal selera makan: Apabila anda makan, ia mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum anda mula berasa kenyang. Cuba makan dengan lebih perlahan dan penuh perhatian. Satu kajian yang dibentangkan pada...
Baca Lagi

KEKURANGAN BERAS TEMPATAN

Tinjauan CAP di Pulau Pinang baru-baru ini mendapati beras tempatan mengalami kekurangan yang serius di pasaran. Rak di pasar raya juga didapati kosong. Terdapat dakwaan bahawa ada peniaga yang menyimpan stok beras tempatan dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi sehingga RM30 setiap 10kg, kepada warga asing sedangkan harga yang ditetapkan kerajaan hanya RM26.00. Situasi sebegini menunjukkan...
Baca Lagi

MAKANAN SEBENAR TIDAK DIIKLANKAN

Pernahkah anda terfikir mengapa makanan yang diiklankan di papan iklan atau muncul dalam media sosial tidak pernah kelihatan sama dengan yang sebenar? Industri menggunakan teknik photoshop dan penyuntingan foto untuk menjadikan produk kelihatan lebih baik daripada yang sebenar. Strategi pemasaran ini boleh memudaratkan kerana mereka selalunya tidak jujur ​​sepenuhnya dalam memberitahu...
Baca Lagi