No products in the cart.

Kategori: Environment BM

Jangan pandang remeh kesan aktiviti korek pasir di Sungai Kulim – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah memberi perhatian serius terhadap masalah yang disuarakan oleh penduduk tiga buah kampung di Mukim Keladi daerah Kulim berikutan aktiviti mengorek pasir sungai di kawasan tersebut. Walau pun projek itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) namun perkara ini tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia...
Baca Lagi

Suruhanjaya Siasatan Negeri diperlukan bagi tragedi tanah runtuh Ampang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru kerajaan negeri Selangor menubuhkan Suruhanjaya Siasatan (COI) untuk menjalankan siasatan terhadap tragedi tanah runtuh Taman Bukit Permai, Ampang yang mengorbankan empat nyawa dan menyebabkan 48 rumah di zon tanah runtuh itu dipindahkan akibat kebimbangan keselamatan. Bagi mengelak tragedi sebegini berulang, COI perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca tanah...
Baca Lagi

SAM menyambut baik pindaan Akta Perhutanan Negara 1984  

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyambut baik cadangan untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 yang telah dibentangkan di Parlimen pada minggu lalu. Kami menyeru agar Parlimen menyegerakan proses meluluskan pindaan ini supaya ia menjadi berkesan dari segi undang-undang. Ini mesti diikuti oleh semua Kerajaan Negeri menerima pakai pindaan ini dengan segera, supaya ia diberi kesan undang-undang dan...
Baca Lagi

CAP kesal dan bimbang keadaan jalan di Balik Pulau

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa kesal dan bimbang dengan keadaan jalan dari Pulau Betong ke Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang yang tidak diselenggara dengan baik. Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati, jalan sepanjang lebih kurang 2 km itu bukan saja dipenuhi daun kering di bahagian kiri serta kanan malah pengadang jalan ini juga telah roboh dan boleh menjejaskan...
Baca Lagi

Dasar sisa plastik ‘kuda trojan’ Australia memarakkan perdagangan toksik merentasi Asia

(Gothenburg, Sweden): International Pollutants Elimination Network (IPEN) menerbitkan siri kajian yang mendedahkan bagaimana dasar sisa baharu Australia mendorong pelaburan secara besar-besaran dalam pemerosesan sisa plastik kepada bahan api, dan eksport negara itu mengancam pengurusan sisa di negara ASEAN. Situasi ini berlaku walaupun Australia telah mengumumkan ia akan menghentikan eksport sisa...
Baca Lagi

Pantai Pasir Panjang musnah terhakis dibadai ombak: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam tinjauan yang dibuat mendapati Pantai Pasir Panjang, di Balik Pulau, Pulau Pinang kini mengalami kemusnahan yang serius akibat dibadai ombak. Kejadian yang berlaku sejak setahun yang lalu itu telah menyebabkan tebing sepanjang 300 meter di kawasan berkenaan telah runtuh. Beberapa batang pokok kelapa dan pokok rhu telah musnah dan lebih 20 pokok lagi...
Baca Lagi

Selamatkan Hidupan Laut dengan Lampu Tanglung Mesra Alam di Perarakan Kereta Terapung Teluk Bahang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC), Majlis Hindu Sangam Bukit Bendera Malaysia (MHS) dan Pengurusan Kuil Sri Singamuga Kaliamman, Teluk Bahang menggesa penganut supaya tidak menggunakan sebarang jenis bahan busa sintetik semasa sambutan perayaan tersebut. Masi Maga Theppa Thiruvizha perayaan perarakan kereta terapung yang disambut pada 17 Februari tahun ini di...
Baca Lagi

SAM membantah cadangan projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di Hutan Simpan Kenderong di Mukim Kerunai, Daerah Hulu Perak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat kecewa kerana hutan semula jadi yang memberi perkhidmatan ekologi yang amat penting menjadi mangsa projek-projek perlombongan yang memusnahkan alam sekeliling. Baru-baru ini sebuah syarikat perlombongan tempatan bernama EMBI Mining Sdn Bhd telah mencadangkan satu projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di dalam kawasan Hutan Simpan (HS) Kenderong di Mukim...
Baca Lagi

PETANI PERLU DIBERIKAN KEBEBASAN MEMILIH INPUT PERTANIAN ORGANIK DAN ALAMI DALAM SKIM SUBSIDI KERAJAAN

Pada 23 Januari lalu, Menteri Pertanian mengumumkan tambahan RM62 juta ringgit untuk insentif racun dalam Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Melalui insentif ini, pesawah akan mendapat tambahan insentif sebanyak RM100 menjadikan jumlah keseluruhan subsidi untuk pembelian racun bagi setiap hektar sebanyak RM300. Insentif ini adalah respon kepada keluhan pesawah terhadap kenaikan kos racun...
Baca Lagi