No products in the cart.

Kategori: Environment BM

KEBENARAN TENTANG PAKAI BUANG

Tidak ada pilihan. Semua yang kita beli dan buang mesti berakhir di suatu tempat. (Environmental Media Association) Jika anda benar-benar memikirkannya, anda tidak akan membuang sampah anda kerana ia tetap ada di mana-mana di Bumi. Semua yang anda buang akan diletakkan di tempat lain. Sama ada ia pergi ke kitar semula, tapak pelupusan sampah, lautan atau jalanan. (Penn State University)...
Baca Lagi

Masalah bekalan air jejas hasil padi petani Langkawi : CAP

Kira-kira 500 petani di Pulau Langkawi, Kedah mengalami kerugian setiap kali musim menuai berikutan berbagai masalah yang yang berlaku dan dihadapi mereka ketika ini. Antara punca yang menjejaskan pendapatan petani terbabit ialah bekalan air yang tidak mencukupi, sistem saliran tidak sempurna dan ancaman rumput yang semakin meluas di petak-petak sawah Kampung-kampung yang terlibat dengan masalah...
Baca Lagi

POKOK MENJADIKAN BANDAR SEJUK

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa pokok boleh mengurangkan suhu permukaan tanah di bandar-bandar Eropah sehingga 12 darjah Celsius. Pokok secara semula jadi menyejukkan udara melalui proses yang dikenali sebagai "penyejukan transpirasi". Apabila pokok membebaskan air ke dalam atmosfera daripada daunnya melalui transpirasi, udara di sekelilingnya disejukkan apabila air bertukar daripada...
Baca Lagi

KENAPA BURUNG & LEBAH PENTING

Jika burung tidak wujud, maka dunia ini akan menjadi huru-hara. Burung memastikan iklim stabil, mengoksigenkan udara dan mengubah bahan pencemar kepada nutrien. Dan ia dapat membantu dalam mengurangkan makhluk berbahaya, perosak dan serangga. Jika lebah pula tidak wujud, maka manusia juga tidak akan wujud. Satu pertiga daripada bekalan makanan dunia bergantung kepada lebah. Daripada 100 spesies...
Baca Lagi

LINDUNGI KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR

Ahad, 5 Jun adalah Hari Alam Sekitar Sedunia (WED). Kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 #HanyaSatuBumi menggesa satu tindakan transformatif secara kolektif pada skala global untuk meraikan, melindungi dan memulihkan planet kita. Malaysia, yang diberkati sebagai salah satu daripada 17 negara mega kepelbagaian biologi di dunia mengikut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...
Baca Lagi

Bantu HARAMKAN Plumbum Dalam Cat

Jabatan Standard Malaysia kini sedang meminta ulasan orang ramai mengenai draf Malaysian Standard (MS) untuk Salutan Seni Bina. Salutan seni bina, sering dipanggil salutan dinding luar, adalah cat dan salutan lain yang digunakan untuk mengecat bahagian luar dan dalam bangunan. Ia bertujuan untuk kegunaan di tapak pada permukaan dalaman dan luaran bangunan kediaman, komersial, institusi atau...
Baca Lagi

500 Nelayan Manjung Diancam Bot Pukat Tunda Dan Bubu Naga : CAP

Kira-kira 500 nelayan pantai di enam pengkalan daerah Manjung Perak terjejas sumber pendapatan berikutan pencerobohan bot pukat tunda dan penggunaan bubu naga di kawasan tangkapan mereka yang semakin serius berlaku ketika ini. Pengkalan-pengkalan yang terlibat ialah Parit Haji Dolah, Sungai Tiram, Kayan, Pulau Tiga, Beting Beras Basah dan Pasir Panjang. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)...
Baca Lagi

Kumpulan Masyarakat Sivil Sokong Pengharaman “Bahan Kimia Selama-lamanya” untuk Melindungi Wanita dan Sektor Rentan Lain

Pelbagai kumpulan masyarakat sivil telah bergabung untuk menggesa bagi pengharaman global bahan polyfluoroalkyl (PFAS) menjelang Hari Alam Sekitar Sedunia. Juga dikenali sebagai "bahan kimia selama-lamanya" (“forever chemicals”), PFAS tidak terurai dalam persekitaran dan akan terkumpul di dalam badan manusia dan hidupan liar, mengakibatkan kesan kesihatan yang buruk. Pada webinar anjuran...
Baca Lagi

Orang yang berhenti merokok bukan orang yang rugi, mereka hanya membuang puntung rokok sahaja

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyertai negara lain di dunia dalam menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) yang jatuh pada 31 Mei 2022. Tema WNTD untuk tahun ini ialah “Tembakau: Ancaman kepada alam sekitar kita". Puntung rokok adalah sampah yang paling biasa yang sering tidak disedari dan ia dibuang merata-rata seperti di jalan...
Baca Lagi

Terburu-buru ke ‘kredit karbon hutan’ tidak akan membantu menangani perubahan iklim

Ini adalah maklum balas kepada pindaan terbaharu kerajaan Sarawak terhadap Kanun Tanah  dan Ordinan Hutan terutamanya berkenaan tindak balas untuk menangani perubahan iklim. Kita sememangnya memahami keperluan kerajaan Sarawak untuk membuat peruntukan bagi mengawal selia penggunaan tanah sama ada di darat atau di luar pesisir bagi tujuan penyimpanan karbon oleh syarikat minyak dan gas di negeri...
Baca Lagi