No products in the cart.

Kategori: Food BM

Pinda Undang-Undang Untuk Kenakan Hukuman Berat Ke Atas Pengeluar Makanan Kotor

Laporan media baru-baru ini mendedahkan empat kilang fucuk (kepingan tauhu kering nipis) di Sungai Bakap dan Sungai Jawi, Pulau Pinang dikenakan notis kompaun kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih. Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Pulau Pinang (BKKM), Encik Mohd Wazir Khalid berkata notis kompaun bernilai RM8,500 dikeluarkan...
Baca Lagi

CAP Gesa Punca Kerang Semakin Pupus Ditangani Segera

Kerjasama antara semua jabatan dan agensi kerajaan yang diterajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu disegerakan bagi mengawal masalah kerang yang semakin berkurangan di perairan negara ketika ini. Sudah sampai masanya bagi pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini demi mengekalkan sumber protein berasaskan hidupan laut itu di samping membela nasib...
Baca Lagi

BAHAN KIMIA BURUKKAN ASMA digunakan untuk MENGAWET MAKANAN

  Sulfit – boleh memburukkan asma bagi mereka yang sensitif. Di samping boleh menyebabkan masalah perut, pandangan kabur, pening, pernafasan tidak teratur, sesak nafas dan kerengsaan saraf. Ia juga mengurangkan paras Vitamin B1 secara drastik bagi mereka yang dietnya kekurangan vitamin. Sulfur dioksida – dikaitkan dengan mutasi dan kanser. SULFIT & SULFUR DIOKSIDA Natrium sulfit...
Baca Lagi

Makan BUAHAN TULEN bukan JUS

Buahan perlu dimakan keseluruhannya (dan dengan kulitnya jika boleh) dan bukan jus, untuk manfaat kesihatan yang lebih baik. Inilah alasannya. > Buahan perlu dimakan keseluruhannya (dan dengan kulitnya jika boleh) dan bukan jus, untuk manfaat kesihatan yang lebih baik. Inilah alasannya. > Jus segar – walaupun ia sumber terbaik vitamin dan mineral semula jadi – KURANG SERAT, yang...
Baca Lagi

AYAM: Tidak lebih selamat daripada daging merah

Dibesarkan dengan makanan bahan kimia, antibiotik dan hormon pembesaran, ayam yang anda makan boleh mengandungi banyak sisa bahan kimia toksik yang berkumpul dalam daging. Pada 1998, CAP menguji ayam dan mendapati ia tidak selamat untuk dimakan – 89% sampel yang diuji didapati mempunyai kuman yang kebal kepada sekurang-kurangnya 1 daripada 5 antibiotik yang biasa diberikan kepada manusia untuk...
Baca Lagi

Apa Akan Berlaku JIKA TIADA LAGI LEBAH?

Anda perlu berterima kasih bagi setiap 1 daripada 3 gigit makanan yang anda makan, kata Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Jika lebah lenyap sepenuhnya, ia akan menyebabkan kesukaran yang meluas dan kemungkinan kebuluran kepada manusia. Ini kerana lebah memainkan peranan penting dalam bekalan makanan global, pendebungaan tanaman yang memberi makan kepada 90% penduduk dunia. Jika semua lebah...
Baca Lagi

UTAMAKAN UNTUNG, bukan KHASIAT

Makanan ultra-proses berada di mana-mana. Pasar raya, stesen minyak, mesin layan diri, kedai serbaneka, kedai runcit dan kedai lain dipenuhi dengannya. Tetapi adakah ia makanan, iaitu memberikan kita khasiat dan kesihatan? Ia sedap dan menagihkan tetapi memacu penyakit tidak berjangkit yang menjangkiti kita. Menurut Yayasan Jantung dan Strok Kanada (HSFC), contoh terbaik makanan ultra-proses...
Baca Lagi

Kartel daging beku perlu dibanteras dari akar umbi – CAP

Penduduk Malaysia begitu terkejut apabila mengetahui hidangan daging kesukaan mereka seperti daging masak kicap, daging rendang mahupun daging burger mungkin diperbuat daripada daging kuda, kanggaru atau daging yang tidak halal. Inilah hakikatnya berikutan laporan terbaharu mengenai kartel daging beku yang mendedahkan bahawa daging kanggaru dan daging kuda diimport ke negara ini secara tidak...
Baca Lagi

Tarik semula daging beku import dari pasaran – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menarik semula daging beku import dengan segera dari pasaran kerana pengguna Islam dikhuatiri tanpa sedar memakan daging yang Tidak Halal. Gesaan ini dibuat sebagai maklum balas kepada laporan yang menyebut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah merampas 1,500 tan daging beku bernilai RM30 juta dari...
Baca Lagi