No products in the cart.

Kategori: Featured Article Malay

DOH PERMAINAN KANAK-KANAK YANG MERAGUKAN

Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila membiarkan anak-anak mereka bermain dengan model mainan tanah liat atau doh mainan kerana ia mungkin mengandungi bahan-bahan yang tidak diingini yang boleh mendedahkan risiko terhadap kesihatan. Di Filipina, amaran telah dikeluarkan oleh kumpulan pemerhati toksik BAN Toxics, mengenai satu produk yang dijual, 8D Super Light Modelling Clay...
Baca Lagi

Bentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat aliran keluar kewangan ke akaun rahsia di tempat perlindungan cukai

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas akaun rahsia di tempat perlindungan cukai (tax haven) yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia, seperti yang didedahkan dalam Pandora Papers. Siasatan itu juga harus merangkumi individu dan syarikat Malaysia yang telah dinamakan dalam Panama Papers 2015 dan Paradise Papers...
Baca Lagi

Jiran Toksik Amina

Lambakan Sisa di Malaysia Infografik 16 halaman ini menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan serta pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan dalam penjanaan sisa. Realitinya kebanyakan sisa ini tidak diproses secara bertanggungjawab. ️Sesetengah negara mengeksport sisa plastik yang seharusnya dikitar semula di negara mereka...
Baca Lagi

Pulangkan sisa radioaktif Lynas ke Australia

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)  mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membatalkan syarat kelulusan lesen operasi  pada tahun 2020. Syarat yang paling penting adalah  mengenai peralihan proses retakan dan larut lesap (cracking & leaching) yang melibatkan bahan...
Baca Lagi

Aktifkan Dirimu!

Adakah anda seorang yang sangat sibuk? Tiada masa untuk melakukan senaman? Pastikan anda bergerak secara aktif di mana jua anda berada, bila-bila masa. Aktiviti fizikal adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan yang baik di samping dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. Aktifkan diri anda, capai 10,000 langkah setiap hari. (Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor)...
Baca Lagi

Pecahkan Hanya Sebiji Kelapa Semasa Thaipusam

Penganut Hindu yang menyambut Thaipusam pada 5 Februari digesa supaya memecahkan hanya sedikit kelapa. Wang yang digunakan untuk memecahkan kelapa itu boleh disalurkan untuk memenuhi pelbagai keperluan sebahagian daripada komuniti India yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Memecahkan kelapa semasa Thaipusam adalah amalan pembersihan yang diamalkan oleh penganut Hindu. Ia adalah simbolik...
Baca Lagi

Tragedi Dalam Kurungan – Manusia dan Gajah

Kematian tragik renjer hidupan liar Joe Fred Lansou amat mendukacitakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Kejadian seperti ini adalah bukti bagaimana mencabarnya menguruskan gajah dalam persekitaran kurungan. Tidak jelas apakah yang mencetuskan serangan gajah itu secara tiba-tiba atau mengapa kejadian seperti ini berlaku. Pada 25 Disember 2022, Lansou mati ditikam oleh seekor gajah dewasa...
Baca Lagi

HENTIKAN KENAIKAN HARGA SAYUR-SAYURAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos SaraHidup dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menurunkan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 160%  sejak satu bulan lalu. Harga berikut yang disenaraikan di bawah memberikan harga perbandingan. No Sayur-sayuran Per KG Harga Lama  (RM) Harga Baharu (RM)...
Baca Lagi

CAP : Bersama Kita Bergerak Ke Arah Thaipusam Bebas Polistirena

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru pihak pengurusan semua kuil di Malaysia yang menyambut perayaan Thaipusam supaya tidak menggunakan bekas makanan polistirena di persekitaran kuil mereka ketika menghidangkan makanan kepada para penganut. Thaipusam disambut pada bulan Thai (yang jatuh antara Januari dan Februari) untuk Dewa Murugan di mana ia menarik kepada perhimpunan terbesar...
Baca Lagi