No products in the cart.

Kategori: Featured Article Malay

ALAM SEMULA JADI MENYEMBUHKAN, MENENANGKAN & MEMULIHKAN

Berada di alam semula jadi, atau melihat pemandangan alam semula jadi, dapat mengurangkan kemarahan, ketakutan, dan tekanan serta meningkatkan perasaan yang menyenangkan. Pendedahan kepada alam semula jadi bukan sahaja membuatkan anda merasa lebih baik dari segi emosi, ia juga turut menyumbang kepada kesejahteraan fizikal anda, mengurangkan tekanan darah, degupan jantung, ketegangan otot dan...
Baca Lagi

Pengeluaran KWSP jejaskan simpanan ahli

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah beberapa kali memberi amaran kepada kerajaan mengenai kebenaran ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan simpanan mereka melalui i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, i-Citra pada Julai 2021, dan pengeluaran khas pada Mac 2022. Walau bagaimanapun, ia tidak diendahkan. Dana KWSP adalah untuk persaraan ahlinya dan bukan untuk mereka...
Baca Lagi

KRIM PEMUTIH KECANTIKAN MOMILA DIHARAMKAN

Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan telah mengharamkan Krim Pemutih Kecantikan Momila, yang mengandungi merkuri yang boleh membahayakan kesihatan. "Merkuri boleh diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau belum lahir, selain menyebabkan ruam, kerengsaan dan...
Baca Lagi

JANGAN JATUH DALAM PERANGKAP KECANTIKAN

Oleh Afiqah Sumayyah Wanita dan gadis diberikan mesej yang salah mengenai kecantikan. Kecantikan hari ini dikaitkan dengan bentuk badan, berat, ketinggian dan bahagian muka seseorang, dan bergantung sepenuhnya kepada idea pemasar mengenai maksud kecantikan. Definisi kecantikan oleh iklan dan media sosial ini telah mewujudkan harapan yang tidak sihat dalam masyarakat hari ini. Akibatnya,...
Baca Lagi

HENTIKAN JUALAN PRODUK BERASASKAN TALKUM

Dengan pemberhentian secara sukarela penjualan bedak bayi berasaskan talkum di seluruh dunia oleh Johnson & Johnson pada 2023, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan bedak bayi berasaskan talkum import yang lain dan yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu melaksanakan larangan itu berkuat kuasa...
Baca Lagi

MAKAN AIR ANDA

Tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi. Dua pertiga daripada tubuh kita terdiri daripada air, yang sentiasa hilang melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Oleh itu, kita perlu untuk menambah bekalan air tubuh dengan kerap. Tetapi tahukah anda: Anda boleh menghidratkan tubuh dengan makanan, bukan hanya dengan air sahaja. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran juga merupakan...
Baca Lagi

Rasuah Menggugat Keselamatan Malaysia: Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kelemahan  institusi dalam Kementerian Pertahanan (MOD) yang membolehkan berlakunya rasuah dan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal perolehan senjata oleh Kementerian Pertahanan (MOD) yang menjangkau tempoh 40 tahun. RCI tersebut harus membuat cadangan untuk mekanisme tadbir urus dan pengawasan yang lebih berkesan bagi menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa di Kementerian dan agensi kerajaan...
Baca Lagi

KENAPA KITA PERLUKAN BURUNG

Burung memainkan peranan penting dalam fungsi ekosistem dunia, dengan cara yang memberi kesan secara langsung terhadap kesihatan manusia, ekonomi dan pengeluaran makanan serta berjuta-juta spesies lain. Burung mendebungakan tumbuhan, merupakan anggota pembersihan alam semula jadi, menyebarkan biji benih, memastikan terumbu karang hidup dan banyak lagi. Burung yang lebih kecil mungkin memakan...
Baca Lagi

Kemuflisan: Sebahagian Kecil Daripada Masalah Yang Lebih Besar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang mengenai perangkaan kemuflisan daripada Januari hingga April 2022 yang didedahkan baru-baru ini yang hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar kerana Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 yang berkuat kuasa mulai 1 September 2021. Dengan pindaan itu, pemiutang boleh memfailkan tindakan muflis terhadap penghutang jika hutangnya...
Baca Lagi

Bebaskan Daripada Kurungan Dan Hentikan Membina Lebih Banyak Zoo

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan kebimbangan terhadap pembinaan zoo baharu di atas tanah seluas 20.2 hektar di Iskandar Puteri, Johor. Objektif  untuk pembinaan zoo pada umumnya adalah untuk menarik orang ramai. Idea zoo sebagai tarikan pelancong ini perlu dibuang memandangkan kebanyakan penubuhan pusat haiwan ini sama sekali tidak mengetahui mengenai penjagaan yang betul...
Baca Lagi